Thursday, 29 August 2013

Info Qurban & Aqiqah STAILSMART



Photo: jumlah lembu yang berjaya dikorbankan melalui
 "Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja" dari tahun 2007 - 2012.

pada tahun ini (2013) kami menganggarkan sebanyak 200 ekor dapat dikorbankan melalui sumbangan anda:

::jom Qurban dan Aqiqah sambil membantu saudara kita di kemboja

Info Qurban Aqiqah

Qurban Qurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat (Al-An’am) pada hari raya Eidul Adha atau hari-hari tasyrik (11,12,13 Zulhijjah) dengan tujuan beribadat kepada Allah. Hukum ibadah qurban adalah sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar. Ibadah qurban bermula selepas naik matahari sekadar cukup untuk solat 2 rakaat dan khutbah pada 10 Zulhijjah dan berakhir ketika terbenam matahari 13 Zulhijjah.

Ibadah qurban dilaksanakan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yang ingin menyembelih anaknya, Nabi Ismail kerana melaksanakan perintah Allah SWT. Walaubagaimanapun, peristiwa tersebut sekadar ujian Allah SWT kepada mereka berdua. Mereka telah berjaya dalam ujian tersebut di mana Nabi Ibrahim sangup menyembelihkan anak sendiri dan Nabi Ismail pula patuh dengan perintah ayahnya untuk disembelih. Peristiwa ini menunjukkan kepatuhan mereka kepada perintah Allah lebih daripada yang lain walupun ia melibatkan nyawa dan kasih sayang ayah dan anak. Lalu Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan kambing (Qibasy).

Ibadah qurban juga dilakukan sebagai cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

 Syarat-syarat sah Ibadat Qurban.

1. Berniat qurban ketika menyembelih.
2. Sembelihan dilakukan dalam waktunya iaitu matahari naik kadar sepagalah pada 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
3. Penyembelih orang Islam.
4. Tidak terdapat kecacatan pada binatang qurban tersebut yang boleh mengurangkan dagingnya.
5. Binatang ternakan yang halal dimakan.
6. Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.

Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan qurban adalah seperti berikut;

  Binatang                                  Umur
a. Biri-biri                       1 tahun atau lebih
b. Lembu / kerbau          2 tahun atau lebih
 c. Unta                          5 tahun atau lebih




Pembahagian daging qurban  
a. 1/3 disedekahkan kepada fakir miskin
b. 1/3 dimasak untuk jamuan ramai
c. 1/3 orang yang berqurban Lebih afdal sekiranya orang yang berqurban itu memakan sedikit daripada daging qurbannya. Haram diberikan daging qurban kepada orang kafir samada dalam keadaan mentah ataupun masak. Harus disedekahkan kepada orang kaya. Qurban nazar haram dimakan dagingnya oleh orang yang bernazar. 

Perkara sunat ketika ibadah qurban

1. Membaca basmallah atau takbir
2. Selawat kepada Nabi
3. Menyembelih pada waktu siang
4. Memilih binatang yang gemuk dan sihat
5. Binatang hendaklah dibaringkan di atas rusuk kiri dan mengadap kiblat
6. Orang yang  berqurban makan sebahagian daging qurban
7. Menggunakan alat sembelihan yang tajam

 Hikmah-hikmah qurban
1. Melatih diri sanggup berkorban pada perkara kebaikan
 2. Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak
3. Tanda kesyukuran di atas nikmat pemberian Allah
4. Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
5. Mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ia boleh memupuk semangat pengorbanan terhadap diri dan masyarakat.
6. Menggembirakan fakir miskin dengan menikmati juadah daging qurban
7. Merapatkan silaturrahim di kalangan umat Islam

Hadith Aqiqah
“Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama.” (Riwayat Abu Daud)
Aqiqah adalah sembelihan binatang an’am (binatang ternakan seperti kambing, biri-biri dan kibas) yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Hukumnya adalah sunat muakkad.

Waktu aqiqah
1. Sunat melakukannya pada hari ke-7, ke-14 atau ke-21. Jika tidak mampu melakukan pada hari-hari yang disebut di atas, bolehlah dilakukan pada bila-bila masa bila ada kemampuan.
2. Bagi ibu-bapa yang kurang berkemampuan, datuk kepada bayi berkenaan pun boleh melakukan aqiqah tersebut.

Syarat-syarat melakukan aqiqah

1. Syarat-syarat untuk binatang sembelihan aqiqah adalah sama seperti binatang sembelihan korban iaitu mestilah berumur lebih dua tahun, tidak sakit, tidak cacat, tidak kurus, tidak buta dan tidak bunting.
2. Aqiqah anak lelaki ialah 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu dan anak perempuan seekor kambing atau satu bahagian lembu.
 3. Sekiranya kurang berkemampuan, untuk aqiqah anak lelaki memadai dengan seekor kambing atau satu bahagian lembu dahulu, baki seeko (sebahagian) lagi boleh dibuat kemudian bila ada kemampuan.
4. Disunat menyedekahkan daging aqiqah yang sudah dimasak.
5. Seelok-eloknya, tulang binatang aqiqah tidak dipatahkan sebaliknya dipotong pada sendinya.

Hikmah melakukan aqiqah

1. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT di atas pengurniaan cahayamata.
2. Memulakan kehidupan anak dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan perkara-perkara kebaikan.
3. Memaklumkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT.
4. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan    
    cahayamata.

5. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah SAW.