Qurban Qurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki
empat (Al-An’am) pada hari raya Eidul Adha atau hari-hari tasyrik (11,12,13
Zulhijjah) dengan tujuan beribadat kepada Allah. Hukum ibadah qurban adalah
sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar. Ibadah qurban
bermula selepas naik matahari sekadar cukup untuk solat 2 rakaat dan khutbah
pada 10 Zulhijjah dan berakhir ketika terbenam matahari 13 Zulhijjah.
Ibadah qurban dilaksanakan sempena mengingati peristiwa Nabi
Ibrahim yang ingin menyembelih anaknya, Nabi Ismail kerana melaksanakan
perintah Allah SWT. Walaubagaimanapun, peristiwa tersebut sekadar ujian Allah
SWT kepada mereka berdua. Mereka telah berjaya dalam ujian tersebut di mana
Nabi Ibrahim sangup menyembelihkan anak sendiri dan Nabi Ismail pula patuh
dengan perintah ayahnya untuk disembelih. Peristiwa ini menunjukkan kepatuhan
mereka kepada perintah Allah lebih daripada yang lain walupun ia melibatkan
nyawa dan kasih sayang ayah dan anak. Lalu Allah telah menggantikan tempat Nabi
Ismail dengan kambing (Qibasy).
Ibadah qurban juga dilakukan sebagai cara untuk mendekatkan
diri kepada Allah SWT.
Syarat-syarat sah
Ibadat Qurban.
1. Berniat qurban ketika menyembelih.
2. Sembelihan dilakukan dalam waktunya iaitu matahari naik
kadar sepagalah pada 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
3. Penyembelih orang Islam.
4. Tidak terdapat kecacatan pada binatang qurban tersebut
yang boleh mengurangkan dagingnya.
5. Binatang ternakan yang halal dimakan.
6. Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan qurban
adalah seperti berikut;
Binatang Umur
a.
Biri-biri 1 tahun atau lebih
b. Lembu / kerbau 2 tahun atau lebih
c.
Unta 5
tahun atau lebih
Pembahagian daging qurban
a. 1/3 disedekahkan kepada fakir miskin
b. 1/3 dimasak untuk jamuan ramai
c. 1/3 orang yang berqurban Lebih afdal sekiranya orang yang
berqurban itu memakan sedikit daripada daging qurbannya. Haram diberikan daging
qurban kepada orang kafir samada dalam keadaan mentah ataupun masak. Harus
disedekahkan kepada orang kaya. Qurban nazar haram dimakan dagingnya oleh orang
yang bernazar.
Perkara sunat ketika ibadah qurban
1. Membaca basmallah atau takbir
2. Selawat kepada Nabi
3. Menyembelih pada waktu siang
4. Memilih binatang yang gemuk dan sihat
5. Binatang hendaklah dibaringkan di atas rusuk kiri dan
mengadap kiblat
6. Orang yang berqurban makan sebahagian daging qurban
7. Menggunakan alat sembelihan yang tajam
Hikmah-hikmah
qurban
1. Melatih diri sanggup berkorban pada perkara kebaikan
2. Membuang sifat
kedekut, bakhil dan tamak
3. Tanda kesyukuran di atas nikmat pemberian Allah
4. Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
5. Mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ia
boleh memupuk semangat pengorbanan terhadap diri dan masyarakat.
6. Menggembirakan fakir miskin dengan menikmati juadah
daging qurban
7. Merapatkan silaturrahim di kalangan umat Islam
Hadith Aqiqah
“Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih
untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama.” (Riwayat Abu
Daud)
Aqiqah adalah sembelihan binatang an’am (binatang ternakan
seperti kambing, biri-biri dan kibas) yang dilakukan kerana menyambut
kanak-kanak yang baru lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Hukumnya
adalah sunat muakkad.
Waktu aqiqah
1. Sunat melakukannya pada hari ke-7, ke-14 atau ke-21. Jika
tidak mampu melakukan pada hari-hari yang disebut di atas, bolehlah dilakukan
pada bila-bila masa bila ada kemampuan.
2. Bagi ibu-bapa yang kurang berkemampuan, datuk kepada bayi
berkenaan pun boleh melakukan aqiqah tersebut.
Syarat-syarat melakukan aqiqah
1. Syarat-syarat untuk binatang sembelihan aqiqah adalah
sama seperti binatang sembelihan korban iaitu mestilah berumur lebih dua tahun,
tidak sakit, tidak cacat, tidak kurus, tidak buta dan tidak bunting.
2. Aqiqah anak lelaki ialah 2 ekor kambing atau 2 bahagian
lembu dan anak perempuan seekor kambing atau satu bahagian lembu.
3. Sekiranya kurang
berkemampuan, untuk aqiqah anak lelaki memadai dengan seekor kambing atau satu
bahagian lembu dahulu, baki seeko (sebahagian) lagi boleh dibuat kemudian bila
ada kemampuan.
4. Disunat menyedekahkan daging aqiqah yang sudah dimasak.
5. Seelok-eloknya, tulang binatang aqiqah tidak dipatahkan
sebaliknya dipotong pada sendinya.
Hikmah melakukan aqiqah
1. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT di atas
pengurniaan cahayamata.
2. Memulakan kehidupan anak dengan mendekatkan diri kepada
Allah SWT dan perkara-perkara kebaikan.
3. Memaklumkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang
dikurniakan oleh Allah SWT.
4. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli
masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan
cahayamata.
5. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang
menepati sunnah Rasulullah SAW.
No comments:
Post a Comment